PhotoMath Diperkenalkan Untuk Android – Selesaikan Masalah Matematik Menggunakan Kamera

PhotoMath Diperkenalkan Untuk Android – Selesaikan Masalah Matematik Menggunakan Kamera

Diterbitkan pada Feb 27, 2015 oleh .

Beberapa bulan yang lepas, aplikasi PhotoMath telah diperkenalkan untuk pengguna iPhone dan juga Windows Phone. Kini, pembangunnya turut memperluaskan penawaran aplikasi mereka untuk platform Android, sekaligus membolehkan para pengguna peranti Android memuat-turun dan menggunakannya.

PhotoMath Android

Menggunakan PhotoMath, ia menggunakan kamera untuk mengenal-pasti teks dan angka pada masalah matematik, dan seterusnya ia memperlihatkan penyelesaian masalah dan jawapan untuknya.

Bersama-sama dengan kemaskini ini juga, ia membawakan sokongan untuk beberapa bentuk masalah baru, termasuk masalah persamaan kuadratik. Daripada ujian kami, aplikasi ini dilihat telah lebih dioptimasikan untuk memaparkan jawapan dengan lebih pantas berbanding sebelumnya. Seperti biasa, anda masih memerlukan sambungan internet untuk membolehkan aplikasi ini berfungsi sepenuhnya.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, mungkin boleh memuat-turunnya dan mencubanya sendiri dalam menyelesaikan masalah matematik anda.

Muat-Turun PhotoMath untuk Android

Muat-Turun Photomath untuk iOS dan Windows Phone


TIPS & ULASAN