Cari @ Amanz

Gogle sedia terkenal dengan ibu pejabat mereka di Mountain View, dan hari ini, gergasi internet berkenaan turut berkongsi perancangan untuk membangunkan semula ibu pejabat mereka dengan rekaan baru yang lebih futuristik dan mudah untuk diperkembangkan dari masa ke semasa.

Melalui perkongsian Google, mereka ingin menggunakan bahan binaan lebih kepada kaca dan logam, dan pada masa yang sama ia boleh diperkembangkan dan strukturnya fleksibel untuk diubah dan dialihkan ke bentuk baru pada bila-bila masa.

Kampus Google Baru

Kampus Google Baru

Kampus Google Baru

Konsep ini sekaligus secara kasa memperlihatkan seperti penggunaan konsep modular yang hangat diperkatakan setahun dua ini, dan mengimplementasikannya pada bangunan. Perkara ini sekaligus membolehkan pelbagai binaan dalam bangunan seperti dinding, tangga dan sebagainya fleksibel untuk dialih ke lokasi baru – memberikan ruangan untuk mengubah rekaan dalaman dengan mudah tanpa kos yang tinggi seperti kebiasaan.

Kampus Google Baru

Kampus Google Baru

Kampus Google Baru

Selain hanya penggunaan struktur fleksibel, Google turut menggunakan kaca untuk pencahayaan semulajadi dan menjimatkan penggunaan tenaga.

Buat masa ini, perancangan ini masih tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan di sana, sebelum pihak Google melanjutkan ia kepada fasa pembangunan seterusnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd