Cari @ Amanz

runcible-3

Lihat  peranti di sekeliling anda dan akan sedari majoriti berbentuk empat segi. Rekaan dipilih kerana mudah dipegang dan memudahkan anda melayari web. Tetapi bagi firma Mohohm peranti berbentuk empat segi adalah terlalu arus perdana. Mereka akan memperkenalkan Runcible, sebuah peranti pintar yang berbentuk bulat. Peranti pintar yang menggunakan sistem operasi Firefox OS ini direka bagi memberikan rekabentuk seperti sebuah jam poket dahulu kala. Tidak seperti peranti pintar lain, Runcible tidak memerlukan aplikasi dan tidak akan memberikan sebarang notifikasi. Menurut Mohohm, Runcible ialah sebuah peranti anti-telefon pintar pertama dunia. Ia mahu anda membebaskan diri dari ketagihan menggunakan peranti. Panel belakangnya boleh dikustomasikan oleh pemilik dengan beberapa pilihan kemasan binaan premium.  Tiada maklumat diberikan tentang spesifikinya tetapi ia akan diperlihatkan sepenuhnya pada acara MWC 2015 minggu hadapan.

Adakah ini bulat seperti ini buat sebuah peranti pintar akan mendapat sokongan pengguna? Runcible mengingatkan kami kepada Siemens Xelibri yang dihasilkan pada tahun 2003. Peranti gimik ini juga berbentuk bulat dan mendapata ilham dari tempat simpanan bedak muka wanita. Xelibri tidak mendapat sambutan dan pengeluarannya dihentikan beberapa bulan selepas memasuki pasaran.

runcible-2

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd