Cari @ Amanz

bloggerAwal minggu yang lalu kami melaporkan Google akan menghalang penggunaan Blogger sebagai platform kandungan lucah bermula 23 Mac depan. Blog yang memaparkan kandungan lucah secara automatik akan ditetapkan kepada status private. Berdasarkan ruangan komen artikel tersebut kami dapati ramai pengguna Blogger Malaysia menyambut baik langkah anti kelucahan ini. Sungguhpun begitu maklum balas dari pengguna luar Malaysia adalah berbeza. Pada pendapat mereka ini adalah langkah penapisan dan menghalang hak bersuara dengan bebas. Selepas melihat maklum balas negatif ini, pihak Blogger menarik halangan memaparkan kandungan lucah pada Blogger. Sebaliknya mereka mengarahkan pemilik blog supaya meletakkan blog mereka di bawah pengkelasan laman dewasa mulai hari ini. Walaubagaimapun penggunaan blogger sebagai laman pornografi komersial, seks bawah umur, seks dengan haiwan dan paparan imej bogel tanpa kebenaran pemilik gambar masih lagi diharamkan. Sekali pandang ia seakan-akan menjunjukkan Google menghormati hak bersuara individu. Tetapi ramai percaya penarikan semula polisi ini adalah kerana mereka takut pengguna yang terkesan dengan polisi ini akan berpindah secara pukal ke Tumblr yang tidak menghalang paparan kandungan lucah pada laman milik mereka.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd