Cari @ Amanz

Huawei menjadualkan sebuah acara media pada hari Ahad ini bersempena dengan Mobile World Congress, dimana mereka dijangka akan memperkenalkan beberapa jam tangan pintar baru ketika itu. Menariknya, kini sehari lebih awal, pihak Huawei telah pun mula memasang iklan untuk produk yang bakal diumumkan itu.

Huawei Watch

Melalui iklan yang mula dipasang di Barcelona, jam tangan pintar berkenaan dilihat akan dikenali dengan nama Huawei Watch dan membawakan jam tangan pintar dengan skrin bulat. Daripada gambar yang ditunjukkan, ia kelihatan agak menarik, dan memandangkan ia menggunakan Android Wear, maka mungkin ramai yang menantikan pengenalan rasminya.

Huawei bakal mengadakan acara media mereka petang esok, dan seperti biasa, kami akan membawakan liputan langsung daripadanya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd