Video Iklan Huawei Watch Memperlihatkan Peranti Berkenaan Dengan Lebih Dekat

Video Iklan Huawei Watch Memperlihatkan Peranti Berkenaan Dengan Lebih Dekat

Diterbitkan pada Mac 1, 2015 oleh .

Huawei bakal mengumumkan jam tangan pintar mereka lewat petang hari ini. Sebelum ini, sebuah gambar telah tertiris memperlihatkan rekaannya, dan kini dua video hadir daripada pihak Huawei sendiri, dan memperlihatkan rekaan peranti berkenaan dengan lebih dekat.

Melalui video yang diterbitkan Huawei berkenaan, mereka mengatakan ingin memfokuskan kepada style kepada pengguna, dan hadir dengan rekaan skrin bulat memandangkan ia digunakan oleh sejumlah besar jam tangan di pasaran.

Huawei Watch

Huawei Watch

Huawei Watch

Huawei Watch

Huawei Watch

Huawei Watch menggunakan Android Wear, dan menggunakan skrin bulat dengan diameter 42.00mm. Sejumlah pilihan tali jam tangan turut disediakan dan boleh diubah mengikut seseorang pengguna.

Skrinnya menggunakan kaca sapphire, dan bahagian tepi berasaskan logam. Jam tangan pintar ini menggunakan sejumlah sensor untuk memantau kesihatan.


TIPS & ULASAN