Ikuti Pengumuman Samsung Galaxy S6 Dan Galaxy S6 Edge Secara Langsung

Ikuti Pengumuman Samsung Galaxy S6 Dan Galaxy S6 Edge Secara Langsung

Diterbitkan pada Mac 1, 2015 oleh .

Samsung akan mengumumkan telefon pintar terbaru mereka, Galaxy S6 pada awal pagi esok, dan seperti beberapa acara Samsung Unpacked sebelum ini, mereka bakal menyiarkan pengumuman berkenaan melalui saluran YouTube mereka secara langsung kepada peminat Samsung seluruh duia.

Samsung Unpacked ini akan disiarkan pada pukul 1 pagi 2 Mac 2015, dimana Samsung dijangka akan mengumumkan Galaxy S6 – kemaskini terbaru kepada keluarga Galaxy S yang turut dijangka akan menyertakan pelbagai pembaharuan dari segi rekabentuk dan juga perisian TouchWiz yang digunakan oleh Samsung pada peranti mereka.

Disamping itu, beberapa laporan awal turut mengatakan Samsung akan hadir dengan peranti dengan skrin melengkung pada kedua-dua bahagian dinamakan sebagai Galaxy S6 Edge.

Kami di Amanz akan membuat liputan langsung daripada acara berkenaan, dan nantikan pandang pertama Galaxy S6 daripada kami selepas acara berkenaan.


TIPS & ULASAN