HTC Grip – Gelang Tangan Pintar Daripada HTC Memfokuskan Kepada Atlet
HTC

HTC Grip – Gelang Tangan Pintar Daripada HTC Memfokuskan Kepada Atlet

Diterbitkan pada Mac 1, 2015 oleh .

Dengan pelbagai syarikat yang menyertai perlumbaan peranti boleh-pakai, HTC turut tidak ketinggalan dan hari ini telah memperkenalkan satu lagi peranti dibawah keluarga HTC Re, iaitu HTC Grip.

HTC Grip hadir hasil kerjasama pihak HTC dengan UA Records – dan ia menggunakan aplikasi daripada Under Armour untuk beroperasi. HTC Grip ini dikatakan memfokuskan kepada golongan profesional dalam arena sukan, dan ia turut hadir dengan sokongan GPS terbina, dan turut hadir dengan ketahanan air IP57.

HTC Grip

HTC melengkapkan Grip ini dengan skrin 1.8-inci berasaskan kepada PMOLED, yang mana turut boleh dikawal melalui skrin sentuh. Peranti ini boleh beroperasi bebas tanpa sebarang telefon pintar, tetapi ia diperlukan untuk pengguna mengakses data dengan lebih tersusun melalui aplikasi khusus, selain untuk mengaktifkannya. Peranti ini turut boleh digunakan untuk menerima notifikasi daripada telefon pintar pengguna.

HTC Grip ini boleh bertahan sehingga 2.5 hari pada penggunaan biasa, tetapi sekiranya anda mengaktifkan larian atau berbasikal menggunakan GPS, maka ia hanya bertahan sehingga 5 jam sahaja.

Memandangkan HTC Grip ini menjalankan sistem operasi tersendiri daripada HTC, maka ia boleh dihubungkan ke telefon pintar Android ataupun iPhone.

Untuk fasa pengenalan, HTC Grip hanya akan dijual di Amerika Utara sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan diperluaskan ke pasaran seluruh dunia.

HTC Grip


TIPS & ULASAN