Cari @ Amanz

Pada pengumuman Huawei hari ini mereka telah memperkenalkan beberapa peranti baru dan peranti pertama yang diumumkan mereka ialah Talkband B2, iaitu kemaskini kepada Talkband B1 yang telah dilancarkan tahun lepas.

Huawei-TalkbandB2 -DSC03842

Huawei-TalkbandB2 -DSC03850

Peranti ini membawakan design yang premium pada badan aluminium penuh dengan tapak pengecasan yang turut mempunyai badan aluminium yang sama, mempunyai skrin 0.73 PMOLED skrin, dengan tali TPU yang tahan lasak, dan kalis alergen. Terdapat juga pelbagai pilihan tali kulit pada saiz 15mm. Ia mempunyai ketebalan 11.5mm, 20% lebih nipis dari Talkband B2 dan selebar 62mm.

 Huawei-TalkbandB2 -DSC03864 Huawei-TalkbandB2 -DSC03857

Peranti ini mempunyai 6 axis, accelerate sensor dan gyroscope, dan berupaya mengesan aktiviti seharian seperti aktiviti menggosok gigi dan pendakian. Kesemua pengesanan ini dilakukan secara automatik, tanpa memerlukan pengguna menetapkan tetapan pada Talkband B2.

Huawei-TalkbandB2 -DSC03870

Seperti Talkband B1, Talkband B2 boleh digunakan sebagai peranti audio. Ia mempnyai dua miktrofon, dan menjanjikan peningkatan kualiti perbualan yang lebih bagus dan stabil. Teknologi Smart Bluetooth juga membolehkan panggilan dijawab berdasarkan situasi pengguna tersebut.

Ia hadir pada tiga warna, iaitu hitam, perak, dan emas. Ia dijual pada pada harga 169 Euro (~RM 684) dan untuk versi emas ia akan dijual pada 199 Euro (~RM805) dan akan dijual bermula akhir April 2015 dan Malaysia menjadi antara yang terawal menerimanya. Kami akan membawakan video pandang pertama peranti ini sebentar lagi.

Huawei-TalkbandB2 -DSC03887

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd