#MWC2015 : Huawei Watch Diumumkan – Berasaskan Android Wear, Skrin Bulat

#MWC2015 : Huawei Watch Diumumkan – Berasaskan Android Wear, Skrin Bulat

Diterbitkan pada Mac 1, 2015 oleh .

Selain dari mengumumkan peranti Talkband B2 yang merupakan kemaskini Talkband B1 yang merupakan peranti pintar dan juga fon telinga Bluetooth, Huawei turut mengumumkan peranti jam tangan pintar mereka iaitu Huawei Watch.

Huawei-Watch -DSC03946

Ia merupakan peranti jam tangan pintar, dengan rekaan bulat yang klasik dan nipis serta penuh, berbanding pesaingnya yang seperti Moto 360 dengan rekaan separa bulat dan LG G Watch R yang mempunyai bahagian ‘bezel’ tepi. Ia merupakan peranti Android Wear dengan kaca Sapphire yang tahan lasak, mempunyai paparan 1.4 inci AMOLED, resolusi 400×400 286 ppi dan merupakan nilai yang tertinggi berbanding Samsung Gear Live, Moto 360 dan juga LG G Watch R.

Huawei-Watch -DSC03941

Huawei-Watch -DSC03950

Badannya dibuat dari badan alumiunium dan kalis karat serta calar. Ia hadir pada tiga warna iaitu emas, perak dan juga hitam serta boleh disesuaikan dengan tali jam dari kemasan kulit. Terdapat 40 paparan antaramuka yang tersedia untuk peranti ini. 

Huawei-Watch -DSC03975 Huawei-Watch -DSC03977

Seperti jam tangan pintar yang lain, ia mempunyai notifikasi untuk panggilan, SMS, emel, kalendar, Facebook, dan aplikasi yang boleh mempunyai integrasi Android Wear. Sama seperti peranti Talkband B2 yang diumumkan sebentar tadi, ia juga boleh mengesan aktiviti seharian dengan pengesan sensor 6-Axis dan mempunyai Barometer yang boleh mengesan tekanan udara. Menariknya, berbanding Talkband B2, Huawei Watch mempunyai pengesan degupan jantung. 

Huawei-Watch -DSC03983

Kesemua peranti Huawei yang diumumkan boleh beroperasi dengan aplikasi pemantau kecergasan termasuklah Google Fit dan juga Jawbone. Buat masa ini harga peranti ini tidak diumumkan dan peranti ini akan menemui pengguna pada pertengahan tahun 2015. 


TIPS & ULASAN