#MWC2015: Huawei Mengumumkan Talkband N1 – Peranti Fon Audio Bluetooth Dengan Pengesan Kecergasan

#MWC2015: Huawei Mengumumkan Talkband N1 – Peranti Fon Audio Bluetooth Dengan Pengesan Kecergasan

Diterbitkan pada Mac 1, 2015 oleh .

Selain dari pengumuman Talkband B2, Huawei juga turut mengumumkan peranti fon telinga berjenis In-ear yang  dipanggil Talkband N1. Ia membawakan rekaan seakan-akan dengan Jabra Pulse Wireless dan Samsung Gear Circle yang boleh digantung pada leher dan mempunyai cangkuk magnetik.

Huawei-Talkband-N1 -DSC03897

Peranti ini bukan sekadar peranti audio Bluetooth yang cantik. Ia juga mempunyai kapasiti storan sebesar 4GB yang boleh menyimpan 1000 lagu, kalis air dan debu IP54. Menariknya berbanding pesaingnya, ia juga mempunyai berat yang kurang dari 18g, menjadikan ia sangat ringan untuk dipakai. Fungsi panggilannya juga turut akan menurunkan kebisingan semasa menjawab panggilan.

Huawei-Talkband-N1 -DSC03909 Huawei-Talkband-N1 -DSC03914

Ia juga mempunyai pengesan kecergasan yang boleh mengira langkah dan juga kalori yang telah digunakan semasa aktiviti riadah. Terdapat aplikasi kecergasan yang disediakan Huawei atau pengguna boleh menggunakan aplikasi kecergasan pilihan mereka, dan peranti ini akan memberikan notifikasi terhadap aktiviti pengguna. 

Huawei-Talkband-N1 -DSC03904

 Huawei-Talkband-N1 -DSC03915

Peranti ini hadir pada pilihan warna emas, kelabu dan merah, dan dijual pada harga saranan 119 Euro (~RM 481) dan bakal hadir ke pasaran tempatan pada akhir bulan May 2015. Kami akan membawakan pandang pertama peranti ini sebentar lagi.

Huawei-Talkband-N1 -DSC03922

Huawei-Talkband-N1 -DSC03923


TIPS & ULASAN