Cari @ Amanz

Pada hari ini sebanyak lima peranti telah diperkenalkan Acer, dan mereka telah mengemaskini keluarga peranti Jade mereka. Peranti Liquid Jade Z merupakan tawaran baru dalam keluarga peranti ini, dan mempunyai spesifikasi yang tertinggi dalam penawaran dari Acer.

Acer Liquid Jade Z
Pemproses MediaTek Empat Teras 1.5 GHz
RAM 1 GB
Muatan Dalaman 8GB Dengan Penambahan Mikro-SD
Kamera Utama 13 MP
Kamera Depan 5 MP
Skrin 5 Inci IPS LCD
Bateri 2300 mAh
SIM/Telefoni Dwi-SIM, 4G LITE

Peranti yang menjadi fokus utama dari Acer ini ditawarkan dalam bentuk yang agak tipis dan ringan, senipis 7.9mm dam seberat 110g. Ia mempunyai paparan skrin 5-inci dengan resolusi 720×1280 294 ppi. Ia juga mempunyai skrin IPS LCD dilindungi Corning Gorilla Glass 3 jadi melengkapkan penawaran ini dengan perlindungan yang bersesuaian.

Dari segi prestasi, peranti ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Mediatek MT6732 Empat-teras 1.5Ghz dan kuasa grafik dijana oleh Mali-T760 GPU. Buat masa ini ia beroperasi menggunakan Android 4.4 KitKat namun akan menerima Android 5.0 Lollipop tidak lama lagi.

Dari segi prestasi pengimejan, kamera hadapan 13-MP dengan pemfokusan automatik dan lampu LED. Kameranya juga boleh diaktifkan menerusi kawalan suara, dimana pengguna boleh mengaktifkan arahan seperti untuk mencantikkan gambar yang dirakam, atau menggunakan arahan ‘Light Surround’ yang akan mengeluarkan kotak putih sekitar paparan LCD untuk memberikan lebih cahaya kepada pengguna yang merakam gambar selfie.

Dari segi spesifikasi lain, telefon ini mempunyai sokongan rangkaian 4G LTE, dan boleh dimuatkan dengan dua kad SIM. Berkenaan kapasiti bateri, ia mempunyai bateri berkapasiti 2,300 mAh. Salah satu fungsi yang dicipta Acer ialah AcerEXTEND yang membolehkan pengguna mengawal komputer Windows mereka menggunakan telefon ini. 

Peranti ini dengan kemasan belakang diinspirasikan dari sutera Thai ini akan dijual pada harga 199 Euro (~RM805) dan buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai kehadirannya untuk pasaran tempatan. 

MWC2015- Acer Liquid Z -IMG_9809

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd