Huawei selain dari pengumuman tiga peranti-boleh-pakai, turut mempamerkan Huawei MediaPad X2, satu phablet keluaran mereka yang pada ruang demonstrasi mereka. Peranti ini mempunyai saiz yang agak besar, pada kelas phablet kerana turut membawakan kebolehan telefoni.
Dari segi spesifikasi, ia membawakan cip pemprosesan 2.0Ghz Kirin 930 Octa-core 64-bit dan cip GPU Mali-T628 64-bit, paparan skrin 7 inci dengan resolusi 1200 x 1920 323ppi, senipis 7.28 mm serta menyokong dwi-SIM serta kelajuan rangkaian LTE 4G. Ia juga mempunyai bateri sebesar 5,000 mAh, kamera utama 13MP, kamera hadapan 5MP dengan aperture F2.4 dan sudut panorama 22mm. Ia hadir pada dua variasi, dengan variasi biasa berwarna perak pada kapasiti storan 16GB dan 2GB RAM manakala pada versi berwarna emas pada kapasiti storan 32GB dan 3GB RAM.
Buat masa ini peranti ini tidak diketahui adakah ianya akan memasuki pasaran tempatan, dan kami akan membawakan pandang pertama peranti ini tidak lama lagi.