Samsung hari ini mengambil pentas utama untuk memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Galaxy S6 dan juga Galaxy S6 Edge. Bersama-sama dengannya juga, pihak Samsung turut mengumumkan sokongan pembayaran mudah-alih terbaru mereka dinamakan sebagai Samsung Pay.
Samsung Pay akan menggunakan kelebihan beberapa teknologi sedia ada, dan pada masa yang sama menggunakan peranti Samsung dalam memudahkan proses pembayaran. Pengenalan Samsung Pay juga turut mengambil kelebihan daripada penggunaan NFC dan juga pengimbas cap jari yang terdapat pada telefon pintar ini. Samsung Pay juga turut menyokong sistem MLS yang diguna-pakai pada kebanyakkan kedai jualan seluruh dunia untuk menerima kad debit dan kad kredit – sekaligus membawakan impak untuk Samsung Pay ini lebih meluas berbanding dengan Apple Pay jika ia diimplementasikan dengan betul.
Perkhidmatan ini akan diperkenalkan di Amerika Syarikat dan juga Korea Selatan dalam beberapa bulan lagi. Buat masa ini, pihak Samsung masih tidak mengumumkan bilakah perkhidmatan ini akan hadir ke pasaran tempatan.