Cari @ Amanz

Samsung hari ini telah melancarkan Galaxy S6 dan Galaxy S6 secara rasmi, dan pada masa yang sama, pihak Samsung Malaysia telah mengambil peluang untuk berkongsi beberapa perkara mengenainya.

Salah satunya adalah berkenaan dengan jangkaan masa penjualannya. Malaysia tidak tersenarai dalam senarai 20 negara pertama yang akan menerimanya, tetapi pihak Samsung Malaysia mengatakan pasaran kita akan masih menerimanya pada bulan April.

Samsung Malaysia MWC 2015

Perbezaan masa antara pelancaran dipelbagai negara adalah kecil, dan Malaysia mungkin akan menerimanya selang seminggu selepas ia mula dijual di pasaran global.

Galaxy S6 merupakan telefon pintar terbaru daripada Samsung, dilengkapi dengan rekaan bingkai berasaskan logam, dan kerangka berasaskan kaca. Ia turut menggunakan cip pemprosesan Exynos terkinil, paparan Quad HD, kamera belakang 16-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Harga jualannya juga masih tidak diketahui buat masa ini, memandangkan pada tempoh tersebut negara kita akan memulakan implementasi GST. Samsung turut mengatakan mereka akan membawa masuk Galaxy S6 Edge pada masa yang lebih kurang sama seperti Galaxy S6 untuk pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd