SanDisk Hadir Dengan Kad mikro-SD Sebesar 200GB, Dan Pemacu Kilat Berasaskan USB Type-C

SanDisk Hadir Dengan Kad mikro-SD Sebesar 200GB, Dan Pemacu Kilat Berasaskan USB Type-C

Diterbitkan pada Mac 2, 2015 oleh .

SanDisk hari ini telah memperkenalkan beberapa produk baru dibawah penawaran mereka, dimana salah satu daripadanya adalah kad mikro-SD dengan kapasiti storan sebesar 200GB. Pada masa yang sama juga, SanDisk turut hadir dengan sebuah lagi pemacu kilat berasaskan USB, tetapi menariknya kali ini ia menyokong piawaian USB Type-C.

Untuk kad mikro-SD, penambahan ruangan storan merupakan sesuatu yang dijangka. Sehingga kini, kad mikro-SD dengan ruangan storan sebesar 128GB sedia dijual dengan meluas, dan tidak mustahil untuk kita melihat kini storan bersaiz lebih besar ditawarkan.

SanDisk 200GB

Melalui kad mikro-SD dengan storan 200GB ini, SanDisk menawarkan sokongan masa pemindahan fail sehingga 90Mbps, selain turut melengkapkan kad mikro-SD ini dengan sokongan kalis air, kalis cuaca, serta kalis magnet.

Untuk pemacu kilat pula, pihak SanDisk melengkapkan ia dengan sokongan USB Type-C, membawakan bahagian penyambung yang boleh dihubungkan secara terbalik tanpa masalah. Ia hadir dengan ruangan storan 32GB, selain turut melengkapkan penyambung pada bahagian satu lagi dengan sokongan USB 3.0.

SanDisk Type-C

Penggunaan USB Type-C masih pada peringkat permulaan buat masa ini, dan dengan lebih ramai menyertainya, tidak mustahil untuk kita melihat ia digunakan dengan meluas tidak lama lagi.

Kad mikro-SD bersaiz 200GB ini akan dijual pada harga $400 (~RM1446), sementara harga pemacu kilat dengan Type-C ini pula masih belum diumumkan.


TIPS & ULASAN