Cari @ Amanz

Xiaomi sebelum ini telah memberikan petanda ingin mengumumkan kamera aksi, dan hari ini, ia diumumkan secara rasmi dibawah nama Xiaomi YiCamera. Menggunakannya, seperti biasa, pengguna boleh merakamkan gambar dan video dengan mudah.

Xiaomi Yi Camera

Xiaomi YiCamera hanya seberat 72 gram, dan bersaiz kecil. Kamera aksi ini hadir dengan lensa rakaman luas, meliputi 155-darjah untuk memudahkan anda merakamkan gambar panorama. Xiaomi YiCamera ini menggunakan sensor daripada Sony, membolehkan ia merakamkan video 1080p pada kadar 60fps, selain gambar pada kadar 7 rakaman sesaat. YiCamera juga turut dilengkapi dengan sokongan kalis air (melalui penggunaan aksesori khusus) yang membolehkan ia digunakan pada kedalaman sehingga 40 meter. Untuk rakaman, ia menggunakan sensor 16-megapixel Sony Exmor R BSI CMOS.

Pengguna turut boleh menghubungkan ia ke telefon melalui sokongan WiFi dan Bluetooth untuk memudahkan pemindahan gambar dan penyuntingan. Sejumlah aksesori dilihat akan ditawarkan, termasuk kayu monopod untuk memudahkan rakaman gambar, selain strap untuk dipasang pada beberapa perkara.

Xiaomi Yi Camera di senaraikan pada harga ¥399 di China, yang mana berharga sekitar RM230 di Malaysia. Buat masa ini, jualannya masih terhad untuk pasaran China sahaja.

Xiaomi Yi Camera

Xiaomi Yi Camera

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd