Cari @ Amanz

MyTeksi merupakan salah satu perkhidmatan tempatan yang membolehkan pengguna membuat tempahan teksi melalui telefon pintar. Mereka sebelum ini telah mencuba beberapa fungsi tambahan pada aplikasi MyTeksi untuk tempoh terhad, dan untuk bulan ini mereka hadir dengan sebuah perkhidmatan dipanggil sebagai Hantar Je!.

MyTeksi Hantar Je!

Melalui perkhidmatan baru ini, ia membolehkan anda membuat tempahan melalui MyTeksi untuk membuat kiriman bungkusan. Menariknya, caj yang dikenakan adalah hanya RM5 sahaja untuk setiap penghantaran

Untuk membuat kiriman bungkusan, sebuah pilihan baru terdapat pada aplikasi MyTeksi sedia ada untuk bulan ini. Anda boleh memilihnya, dan membuat penghantaran diantara pukul 9 pagi sehingga 6 petang.

Melalui aplikasi berkenaan, anda boleh memasukkan alamat penerima, dan turut memasukkan maklumat barangan yang dihantar. Anda akan menerima notifikasi ia telah dihantar sebaik sahaja sesuatu teksi itu selesai membuat penghantaran mereka.

Salah satu kekangan untuk promosi #HantarJe ini adalah kawasan liputan untuknya. MyTeksi hanya mengehadkan ia di kawasan sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Klang sahaja buat masa ini. MyTeksi turut mengatakan barangan yang dihantar tidak boleh melebihi 30kg dan tidak bersaiz begitu besar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd