Cari @ Amanz

Sony hari ini pada Mobile World Congress 2015 mengumumkan mereka bakal mula menawarkan kemaskini Android 5.0 Lollipop untuk peranti Xperia Z3 bermula bulan ini. Tiada sebarang tarikh yang diberikan, tetapi ia dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat mengikut negara.

Sony Lollipop

Peranti Xperia Z yang lain dijangka akan menyusul selepas itu. Melalui kemaskini Android 5.0 Lollipop, ia membawakan kemaskini dari segi antaramuka, selain menawarkan masa bertahan bateri yang lebih lama, termasuk pengoptimasian dari segi penggunaan memori dan juga pemprosesan.

Buat masa ini sejumlah pengeluar peranti telah mula menawarkan kemaskini Lollipop, termasuk Samsung, HTC, dan juga Motorola.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd