Xperia M4 Aqua Diperkenalkan – Telefon Berspesifikasi Pertengahan Dengan Sokongan Kalis Air

Xperia M4 Aqua Diperkenalkan – Telefon Berspesifikasi Pertengahan Dengan Sokongan Kalis Air

Diterbitkan pada Mac 2, 2015 oleh .

Sony bersempena dengan Mobile World Congress 2015 ini telah memperkenalkan dua peranti baru, dimana salah satu daripadanya adalah telefon pintar berspesifikasi pertengahan daripada mereka, dinamakan sebagai Xperia M4 Aqua.

Sony Xperia M4 Aqua

Sony Xperia M4 Aqua

Seperti pada namanya, Xperia M4 Aqua hadir dengan sokongan kalis air, membolehkan pengguna menggunakan peranti walaupun ketika hujan, ditepi pantai dan pada beberapa keadaan lain.

Dari segi spesifikasi, telefon pintar ini menggunakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 1280×720 pixel, cip pemprosesan Snapdragon 615 Octa-Core, kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan auto-fokus, dan kamera hadapan 5-megapixel. Telefon pintar ini hadir dengan bateri berkapasiti 2400mAh, dan mampu bertahan beberapa hari – dan mempunyai masa penggunaan biasa 2 hari, lebih kurang seperti Xperia Z3 sebelum ini.

Sony akan menawarkan telefon pintar ini dilebih 80 buah negara. Tarikh jualan dan harga untuk pasaran Malaysia bakal diumumkan tidak lama lagi.

Sony Xperia M4 Aqua

Sony Xperia M4 Aqua


TIPS & ULASAN