Sony Memperkenalkan Tablet Dengan Resolusi 2K – Xperia Z4 Tablet

Sony Memperkenalkan Tablet Dengan Resolusi 2K – Xperia Z4 Tablet

Diterbitkan pada Mac 2, 2015 oleh .

Bersama-sama dengan pengenalan telefon pintar Xperia M4 Aqua, pihak Sony turut memperkenalkan sebuah lagi tablet baru dibawah penawaran mereka, dimana kali ini salah satu perkara yang menjadi fokus utama adalah penggunaan skrin dengan paparan 2K.

Tablet bersaiz 10.1-inci ini dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 810, kamera hadapan 5.1-megapixel dengan lensa luas untuk memudahkan panggilan video, kamera belakang 8-megapixel, dan turut hadir dengan sokongan rangkaian 3G dan juga 4G LTE. Pihak Sony turut melengkapkan peranti ini dengan bateri bertahan lama – mengatakan mampu menawarkan masa memainkan video sehingga 17 jam lamanya.

Xperia Z4 Tablet

Pengguna juga turut boleh menggunakan beberapa penawaran tambahan, termasuk aksesori seperti papan kekunci untuk mengubahnya menjadi sebuah peranti yang mesra untuk perusahaan.

Sokongan lain seperti sokongan kalis air turut disertakan pada tablet ini.

Xperia Z4 Tablet akan mula dijual bermula bulan Jun 2015 kelak, dan seperti M4 Aqua, pihak Sony mengatakan penawaran untuk pasaran Malaysia akan disahkan kelak.


TIPS & ULASAN