Microsoft Akan Hadir Dengan Peranti Berspesifikasi Tinggi Windows 10 Pada Tahun Ini

Microsoft Akan Hadir Dengan Peranti Berspesifikasi Tinggi Windows 10 Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Mac 2, 2015 oleh .

Selain sekadar melancarkan telefon pintar Lumia 640 dan juga Lumia 640 XL, pihak Microsoft turut berkongsi berkenaan perancangan mereka untuk telefon pintar Windows 10.

Menurut Microsoft, pelbagai peranti Lumia akan menerima kemaskini Windows 10 apabila ia tersedia kelak. Namun, salah satu kekurangannya adalah bukan ke semua fungsi bakal ditawarkan untuk semua peranti, sebaliknya beberapa peranti mungkin akan menerima fungsi yang terhad.

Disamping itu, Microsoft turut berkongsi mengatakan mereka turut bakal hadir dengan telefon pintar flagship mereka kelak pada tahun ini bersama-sama dengan pelancaran Windows 10.


TIPS & ULASAN