Google+ Sah Akan Dibahagikan Ke Beberapa Aplikasi – Stream, Photos Dan Hangouts

Google+ Sah Akan Dibahagikan Ke Beberapa Aplikasi – Stream, Photos Dan Hangouts

Diterbitkan pada Mac 2, 2015 oleh .

Beberapa minggu lepas, kita telah mendengar akan desas-desus mengatakan Google akan membahagikan aplikasi laman sosial mereka kepada tiga bahagian berbeza, dan kini hari ini perkara tersebut disahkan melalui pengumuman Bradley Horowitz yang akan mengetuai dua aplikasi dibawah Google+.

Google+

Melalui laman Google+, beliau mengumumkan bakal mengetuai bahagian produk Google Photos dan juga Streams, dan perubahan ini dikatakan untuk menambah-baik produk berkenaan dengan lebih efektif, selain menawarkan kemudahan lagi untuk pengguna.

Ia tidak diketahui lagi bilakah Google akan menawarkan ia secara berasingan, tetapi mungkin perkara ini akan menarik pengguna lain menggunakan perkhidmatan seperti Photos dan juga Hangouts tanpa perlu mengikuti pelbagai notifikasi daripada Streams.


TIPS & ULASAN