Cari @ Amanz

Pada tahun lepas pelbagai syarikat telah hadir dengan peranti boleh pakai dan Huawei hadir dengan peranti Talkband B1 yang merupakan kombinasiĀ jam tangan pintar dan juga peranti fon telinga audio Bluetooth. Ia boleh ditanggalkan dan boleh digunakan untuk menjawab panggilan. Semalam Huawei telah mengumumkan kemaskini peranti tersebut, dipanggil Talkband B2.

Peranti Huawei Talkband B2 ini membawakan rekabentuk yang sama dengan Talkband B1 dan diberikan penambahbaikan dari segi ketebalan dan beratnya. Ia 20% lebih nipis berbanding model terdahulu dan diberikan kemasan yang premium menggunakan materia aluminium. Talinya boleh ditukar ganti dan pengguna boleh memilih sama ada menggunakan tali aluminium atau tali TPU yang tahan lasak.

Dari segi spesifikasi, ia mempunyai skrin 0.73 PMOLED, berupaya mengesan pergerakan pada 6 paksi (6-axis), accelerate sensor yang boleh mengesan perubahan kelajuan dan juga gyroscope. Jika peranti gelang tangan pintar yang lain memerlukan anda memilih mod-mod aktiviti, seperti sekiranya anda ingin menaiki basikal anda perlu menetapkan mod tersebut, namun dengan Talkband B2, ia berupaya mengesan aktiviti tersebut secara automatik. Menariknya Huawei mengatakan ia juga boleh mengesan aktiviti pengguna menggosok gigi kerana ia boleh belajar tabiat pengguna.

[amanz-gallery]

Peranti ini mempunyai dua mikrofon pada sisinya, yang boleh dikeluarkan dari tali jamnya apabila pengguna ingin menjawab panggilan. Kami tidak mencuba untuk memakainya pada telinga berikutan isu kebersihan namun fon telinga yang disediakan adalah standard bagi anda yang kerap menggunakan peranti audio Bluetooth.

Peranti ini hadir pada tiga pilihan warna. Pada warna hitam dan perak, ia dijual pada pada harga 169 Euro (~RM 684). Dan untuk warna emas, ia turut hadir pada tapak pengecasan aluminium dan tali jam kulit dijualĀ pada harga 199 Euro (~RM805). Malaysia bakal menjadi terawal yang menerimanyapada akhir bulan April 2015.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd