MWC 2015 : Lumia 640 – Hadir Dengan Windows Phone 8.1 Update 2

MWC 2015 : Lumia 640 – Hadir Dengan Windows Phone 8.1 Update 2

Diterbitkan pada Mac 2, 2015 oleh .

Pada hari ini di acara Mobile World Congress 2015 Microsoft telah mengumumkan peranti terbaru telefon pintar mereka iaitu Lumia 640. Peranti ini beroperasi menggunakan Windows Phone 8.1 Update 2 dan boleh dikemaskini kepada Windows 10 pada masa hadapan.

Microsoft Lumia 640
Pemproses Snapdragon 400
RAM 1 GB
Muatan Dalaman 8GB Dengan Penambahan Mikro-SD
Kamera Utama 8 MP
Kamera Depan 1 MP
Skrin 5 Inci
Bateri 2300 mAh
SIM/Telefoni Pilihan 3G, Dwi-SIM, 4G LTE

Telefon pintar Lumia 640 ini hadir pada dua variasi, iaitu Lumia 640 dan Lumia 640 XL. Bagi Lumia 640 ia berspesifikasi pertengahan dilengkapi dengan bateri berkapasiti 2500 mAh. Ia juga mempunyai paparan skrin bersaiz 5-inci HD. Sedikit pembaharuan dalam keluarga siri 6 yang lain adalah telefon ini mempunyai skrin yang lebih baik berbanding yang lain dan dilindungi Gorilla Glass 3.

Dari segi spesifikasi ia mempunyai cip dua-teras Snapdragon 400 dengan memori 1GB RAM. Dari segi storan, ia mempunyai kapasiti terbina 8GB dan pengguna boleh menambah memori pada slot kad mikro-SD sehingga 128GB. Bergantung kepada pilihan pengguna, telefon ini mempunyai versi 4G LTE atau dwi-SIM LTE.

Dari segi kemasan badan untuk Lumia 640 ia hadir dengan badan polycarbonate yang licin, berbeza dengan Lumia 640 XL yang hadir dengan badan polycarbonate dengan permukaan matte. Penutup belakang boleh ditukarganti dengan warna lain mengikut selera pengguna. Kamera utama yang hadir untuk Lumia 640 pula mempunyai sensor pengimejan 8MP dengan Flash, dan kamera hadapannya hanyalah 1MP 720p dengan lensa wide angle. Meskipun sensor kamera utamanya 8MP, dengan Lumia Camera pengguna boleh menangkap gambar yang cantik.

Bersama-sama dengan telefon ini adalah perisian Microsoft Office dan dengan ruang storan awan 1TB melalui OneDrive. Ia akan dipasarkan bermula bulan April dan akan diperkenalkan di pelbagai negara secara berperingkat. Buat masa ini tiada sebarang info untuk ketersediaannya di pasaran tempatan namun ia dijangka akan dijual pada harga bermula 139 Euro (~RM 565) mengikut pilihan pengguna terhadap jenis capaian (3G, LTE, Dwi-LTE).


TIPS & ULASAN