Microsoft Memperkenalkan Papan Kekunci Boleh-Lipat Bersaiz Kompak – Menyokong Android, iOS Dan Windows

Microsoft Memperkenalkan Papan Kekunci Boleh-Lipat Bersaiz Kompak – Menyokong Android, iOS Dan Windows

Diterbitkan pada Mac 2, 2015 oleh .

Microsoft hari ini, selain daripada hanya memperkenalkan telefon pintar terbaru Lumia 640, mereka juga turut sama telah memperkenalkan sebuah aksesori tambahan yang mana merupakan papan kekunci bersaiz kompak dan boleh dilipat – sekaligus menjadikan peranti berkenaan mudah untuk dibawa kemana-mana oleh semua pengguna. Disamping itu, papan kekunci ini juga turut hadir dengan sokongan pelbagai jenis peranti, termasuk Android, iOS, Windows dan juga Windows Phone 8.1 Update 2.

Microsoft Foldable Keyboard

Microsoft Foldable Keyboard

Papan kekunci boleh-lipat ini menggunakan sokongan pengecasan berasaskan mikro-USB, dan baterinya boleh bertahan beberapa bulan. Untuk berhubung dengan peranti, papan kekunci ini menggunakan sokongan Bluetooth. Dari segi rekabentuk pula, secara kasar ia dilihat lebih kurang menyerupai papan kekunci yang hadir dengan Surface.

Menariknya mengenai papan kekunci ini adalah ia boleh dihubungkan ke dua peranti berbeza pada masa yang sama – dan sebuah butang kawalan pantas disediakan untuk memudahkan pengguna mengubah penggunaan peranti antara yang pertama atau kedua. Sebagai contoh, anda boleh hubungkan ia kepada tablet untuk membuat tugasan, dan turut menekan butang kedua sekiranya terdapat sebarang mesej yang ingin dibalas pada sesuatu masa, seterusnya tekan butang pertama kembali untuk kembali menggunakan papan kekunci bersama tablet.

Microsoft mengatakan papan kekunci boleh-lipat ini bakal dijual di pasaran pada pertengahan kedua 2015, dan harga jualannya dijangka berharga dibawah $100.

Microsoft Foldable Keyboard

Microsoft Foldable Keyboard

Microsoft Foldable Keyboard

Microsoft Foldable Keyboard


TIPS & ULASAN