Gionee Menyasarkan Untuk Memasuki Pasaran Malaysia Pada Tahun Ini Dengan Elife S7

Gionee Menyasarkan Untuk Memasuki Pasaran Malaysia Pada Tahun Ini Dengan Elife S7

Diterbitkan pada Mac 3, 2015 oleh .

Lanjutan daripada pelancaran Elife S7 daripada Gionee, salah seorang wakil Gionee turut sama berkongsi mereka ingin memasarkan peranti Elife S7 ini di lebih kurang 40 buah negara, dan Malaysia dikatakan antara salah satu daripadanya.

Gionee Terima Kasih

Gionee merupakan salah satu pengeluar telefon pintar dari China, dan mereka telah hadir dengan sejumlah peranti bersaiz nipis sebelum ini. Paling terkini, yang dilancarkan oleh Gionee adalah Elife S7, membawakan ketebalan hanya 5.5-mm, dan merupakan telefon pintar dwi-SIM paling nipis di dunia buat masa ini.

Gionee sebelum ini telah memulakan operasi pada tahun 2002, dan mereka menyasarkan untuk memperluaskan penawaran peranti mereka pada tahun ini. Gionee Elife S7 akan dijual di pasaran Eropah terlebih dahulu, selain turut dijual di China dan India dalam masa terdekat.

Jualan ke pelbagai negara lain dijangka akan dilakukan secara berperingkat pada tahun ini. Selain daripada Malaysia, negara jiran kita, Indonesia turut dijangka akan menerimanya.

Gionee Elife S7

Gionee Elife S7

Gionee Elife S7


TIPS & ULASAN