Qualcomm Memperkenalkan Cip Pemprosesan Spesifikasi Tinggi Terbaru – Snapdragon 820

Qualcomm Memperkenalkan Cip Pemprosesan Spesifikasi Tinggi Terbaru – Snapdragon 820

Diterbitkan pada Mac 3, 2015 oleh .

Beberapa telefon pintar berasaskan kepada Snapdragon 810 baru sahaja diumumkan oleh beberapa pengeluar, dan ia akan mengambil masa dua tiga bulan sebelum dipasarkan di Malaysia. Namun, perkara tersebut tidak menghentikan pihak Qualcomm dalam hadir dengan pengumuman cip pemprosesan baru.

Snapdragon 800

Dinamakan sebagai Snapdragon 820, ia merupakan cip pemprosesan berspesifikasi tinggi daripada Qualcomm, dan menggunakan binaan berasaskan 64-bit.

Qualcomm mengatakan cip mereka akan tersedia untu para pengeluar peranti pada pertengahan tahun ini, dan seperti biasa, mereka mengatakan Snapdragon 820 ini akan membawakan pelbagai sokongan terkini, termasuk kebolehan merakamkan gambar dan video pada kualiti tinggi, rangkaian yang lebih laju, sekuriti yang lebih baik, dan interaksi peranti yang lebih semulajadi.

Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai penawaran Snapdragon 820 ini kelak apabila ia semakin hampir kepada pelancaran.


TIPS & ULASAN