Alcatel OneTouch Hero 2+ Menggunakan Cyanogen OS Diumumkan

Alcatel OneTouch Hero 2+ Menggunakan Cyanogen OS Diumumkan

Diterbitkan pada Mac 3, 2015 oleh .

Alcatel OneTouch Hero 2+Alcatel dan Cyanogen hari ini secara rasminya memperkenalkan sebuah telefon pintar baru, dinamakan sebagai Hero 2+ dan hadir menggunakan sistem operasi CyanogenOS berasaskan kepada Android.

Alcatel OneTouch Hero 2+ ini merupakan sebuah phablet. Ia hadir dengan skrin 6-inci dengan paparan HD penuh, membawakan sokongan stylus, dilengkapi cip pemprosesan MediaTek MT6592 2.0Ghz, memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel, ruangan storan 16GB, dan dilengkapi dengan sistem operasi Cyanogen OS 11 (Android 4.4 KitKat).

Cyanogen merupakan salah satu variasi Android yang dimulakan sebagai projek komuniti terbuka dan kini beroperasi sebagai sebuah syarikat. CyanogenOS 11 ini membawakan sejumlah fungsi menarik, termasuk sokongan tema, kebolehan untuk pengguna mengubah pelbagai perkara, kamera dengan sokongan penambahan kesan penuras, dan beberapa ciri-ciri menarik lain.

Alcatel OneTouch Hero 2+ akan dijual di pasaran Amerika Syarikat terlebih dahulu, dan ia tidak diketahui bilakah ia akan hadir ke pasaran Malaysia.

Pihak Alcatel dan Cyanogen mengatakan mereka akan hadir dengan lebih banyak peranti menarik sepanjang tahun 2015 ini.


TIPS & ULASAN