Lenovo Memperkenalkan Projektor Mudah-Alih Dengan Paparan 50-lumen Sehingga 110-inci

Lenovo Memperkenalkan Projektor Mudah-Alih Dengan Paparan 50-lumen Sehingga 110-inci

Diterbitkan pada Mac 3, 2015 oleh .

Terdapat beberapa projektor mudah-alih di pasaran pada hari ini, dan menambah penawarannya di Mobile World Congress adalah pihak Lenovo dengan produk mereka yang dinamakan “Portable Projector”. Ia membawakan saiz projektor yang kecil dan mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Projektor mudah-alih ini boleh dihubungkan ke peranti Android, Windows 8.1, dan juga iOS dalam menggunakannya melalui sambungan Miracast atau DLNA untuk menyiarkan kandungan.

Lenovo Pocket Projector

Lenovo Pocket Projector

Lenovo juga turut melengkapkan sokongan beroperasi secara bebas, dimana projektor ini menyertakan ruangan slot memori untuk membolehkan pengguna memasukkan kad mikro-SD dan memainkan kandungan terus daripadanya.

Bahagian kiri yang mempunyai projektor ini boleh dilaraskan dan disesuaikan untuk penyiaran, sementara bahagian kanan pula membawakan kawalan (sekiranya anda menggunakan kad mikro-SD).

Lenovo Pocket Projector

Lenovo Pocket Projector

Menurut Lenovo, projektor mudah-alih ini mampu bertahan sehingga 2.5-jam lamanya, dan membawakan penyiaran yang amat terang dan membolehkan saiz siaran sehingga 110-inci dilakukan menggunakannya.

Buat masa ini, ia tidak lagi diketahui bilakah projektor ini akan memasuki pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN