Cari @ Amanz

Waze merupakan salah satu aplikasi navigasi yang digunakan ramai pengguna seluruh dunia. Ia telah diambil-alih oleh Google sebelum ini. Kini, Google turut mengumumkan mereka akan menawarkan Waze sebagai pilihan untuk perisian yang hadir terpasang kepada pengeluar peranti, sekaligus membolehkan peranti Android baru yang dikeluarkan sesuatu pengeluar tersebut menyertakannya secara terbina.

Google Waze

Untuk makluman, Waze menawarkan kemaskini trafik semasa, selain membolehkan pengguna mengetahui keadaan jalan raya dalam masa-nyata, selain turut berkongsi keadaan jalan semasa dengan yang lain.

Dengan pilihan Waze dibawah Google Mobile Service, kini seseorang pengeluar peranti boleh memilih untuk menyertakannya secara terbina ataupun tidak.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi siapakah akan menjadi terawal dalam menyertakannya bersama-sama platform Android. Memandangkan Google Maps sedia terdapat pada pemasangan Android, ia tidak diketahui lagi sama ada penerimaan Waze ini akan menerima reaksi positif ataupun sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd