Carian
MWC 2015: Asus ZenWatch
March 3, 2015 Ikhwan Nazri

Pada acara Mobile World Congress kali ini menyaksikan pelbagai pengumuman mengenai jam tangan pintar telah dilakukan. Namun bagi Asus, mereka yang telah mengumumkan Asus ZenWatch pada tahun lepas turut menerima kunjungan ramai bagi mereka yang ingin melihat Asus ZenWatch dengan lebih dekat dan kami telah mencubanya untuk beberapa ketika.

Asus ZenWatch
Pemproses Snapdragon 400 1.2GHz
Bateri 369 mAh
Muatan Dalaman 4GB
Skrin 1.63-inci AMOLED 320×320 278 ppi
Sensor 9-Axis, Pengesan Degupan Jantung
Sistem Operasi Android Wear

Asus ZenWatch telah diumumkan sebelum Huawei Watch dan LG Watch Urbane diumumkan. Jadi ia hadir pada bentuk segi empat tepat, berbeza dangan keduanya. Asus ZenWatch mempunyai badan yang lebih nipis serta permukaan paparan melengkung, mengikut bentuk pergelangan tangan. Ia dengan kemasan aluminium dan mempunyai warna emas ditengah-tengah badan jam ini.

Dari segi spesifikasi, jam tangan pintar yang beroperasi pada platform Android Wear ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 400 1.2GHz, memori 512 MB RAM, kapasiti storan terbina 4GB, skrin 1.63-inci AMOLED dengan resolusi 320×320 278ppi serta dilindungi Corning Gorilla Glass 3 dan mempunyai ketahanan IP55 kalis air. Ia membawakan sensor 9-Axis dan juga pengesan degupan jantung serta bateri berkapasiti 369 mAh.

Menggunakannya, ia agak ringan berbanding dua peranti jam tangan pintar yang telah kami cuba sebelum ini. Ia tidak membawakan rasa besar atau ‘bulky’, seumpama menggunakan jam tangan G-Shock. Kenapa kami sentiasa bandingkan ia dengan G-Shock kerana ia jam popular yang hampir semua dapat mengagak saiz dan tahap ‘bulky’ sesuatu jam tersebut. Tetapi dari segi pemakaian jam tangan pintar ini ia nipis, dan tampak elegan.

[amanz-gallery]

Bagi anda yang lebih sukakan jam tangan dengan rekaan yang petak, ZenWatch ini mungkin memenuhi kehendak anda. Ia juga tampak sesuai untuk digunakan oleh wanita kerana kenipisan peranti ini tidak membuatkan jam ini terjojol dipakai dipergelangan tangan. Dari segi pemantauan degupan jantung, pada permukaan belakang tidak kelihatan sensor seperti yang dimiliki jam tangan pintar yang lain namun ia dapat mengesan tanpa sebarang masalah.

Seperti jam tangan pintar Android Wear yang lain, peranti ini turut boleh beroperasi menggunakan arahan suara, dan berupaya memberikan notifikasi, melihat peta serta berbagai perkara yang melibatkan integrasi aplikasi pada telefon pintar dengan sistem Android Wear. Dari segi tawaran paparan antaramuka yang tersedia pada jam ini, ia dilihat seperti sedikit, dan tidak sebanyak peranti lain serta tawaran tali jam peranti ini hanya terhad kepada tali jam kulit pada tiga warna berbeza.

MWC2015- Asus Zenwatch -IMG_9865

Buat masa ini, peranti ini hanya tersedia untuk pasaran Eropah pada harga EUR 199 (~RM 807) dan peranti ini dikatakan tidak akan hadir untuk pasaran Malaysia kerana ia memfokuskan pasaran negara maju. Mungkin kerana pada waktu sekarang, peranti ini sudah berusia 6 bulan dari tarikh pengumumannya pada 3 September tahun lepas dan terdapat desas-desus yang mana Asus mungkin akan menawarkan ZenWatch yang tidak beroperasi menggunakan Android Wear, sama seperti LG dengan LG Watch Urbane LTE yang beroperasi menggunakan WebOS, berbanding Android Wear.

Komen