Microsoft pada acara Mobile World Congress 2015 di Barcelona telah mengumumkan telefon pintar Lumia 640 yang hadir beroperasi menggunakan Windows 8.1 Update 2. Telefon pintar ini juga bakal menerima kemaskini Windows 10 apabila ia diumumkan kelak serta turut hadir dalam variasi dengan spesifikasi yang lebih tinggi iaitu Lumia 640 XL.
Microsoft Lumia 640 XL | |
---|---|
Pemproses | Snapdragon 400 1.2GHz Quad-Core |
RAM | 1 GB |
Muatan Dalaman | 8GB Dengan Penambahan Mikro-SD |
Kamera Utama | 13 MP Carl-Zeiss 1080p |
Kamera Depan | 5 MP 1080p |
Skrin | 5.7-inci 1280 x 720 259ppi |
Bateri | 3000 mAh |
SIM/Telefoni | Pilihan 3G, Dwi-SIM, 4G LTE |
Telefon pintar Lumia 640 XL seperti namanya mempunyai saiz yang lebih besar. Ia mempunyai paparan sebesar 5.7-inci pada resolusi 1280 x 720 259ppi. Ia menggunakan cip pemprosesan yang sama dengan Lumia 640 iaitu Snapdragon 400 1.2GHz empat teras, namun mempunyai sensor kamera yang lebih baik. Kamera utamanya menggunakan sensor dari Carl-Zeiss 13 MP dan kamera hadapannya 5MP yang mampu merakam video 1080p. Selain dari itu kapasiti baterinya sebesar 3000 mAh dan kapasiti storannya sebesar 8GB. Pengguna boleh menambah memori pada slot kad mikro-SD sehingga 128GB. Bergantung kepada pilihan pengguna, telefon ini mempunyai versi 4G LTE atau dwi-SIM LTE.
Dari segi kemasan badan Lumia 640 XL ini hadir dengan badan polycarbonate dengan permukaan matte, berbeza untuk Lumia 640 yang hadir dengan badan polycarbonate yang licin. Permukaan matte lebih sedap dipegang dan penutup belakang boleh ditukarganti dengan warna lain mengikut selera pengguna. Kami berkesempatan mencubanya dan fungsi Camera dilihat agak menarik. Bagi telefon dalam kelas pertengahan, sensor pengimejannya berkuasa dan sekiranya anda mencari telefon yang menitikberatkan kekuasaan kamera namun pada harga yang mampu milik, mungkin telefon Lumia 640 XL ini boleh menjadi pilihan anda.
[amanz-gallery]
Bersama-sama dengan telefon ini adalah perisian Microsoft Office dan dengan ruang storan awan 1TB melalui OneDrive. Ia akan dipasarkan tidak lama lagi dan akan diperkenalkan di pelbagai negara secara berperingkat. Buat masa ini tiada sebarang info untuk ketersediaannya di pasaran tempatan namun ia dijangka akan dijual pada harga bermula 189 Euro (~RM 767) mengikut pilihan pengguna terhadap jenis capaian (3G, LTE, Dwi-LTE).