Carian
MWC 2015 : Acer Liquid M220
March 3, 2015 Ikhwan Nazri

Pada hari Ahad yang lepas Acer telah menjadi yang pertama untuk mempamerkan telefon pintar dan peranti gelang tangan pintar mereka bersempena Mobile World Congress 2015. Mereka telah memperkenalkan 5 peranti dan salah satunya adalah Acer Liquid M220, telefon pintar pertama dari Acer yang menyokong Windows Phone 8.1

Acer Liquid M220
Pemproses 1.2GHz dwi-teras
RAM 512 MB RAM
Muatan Dalaman 8GB Dengan Penambahan Mikro-SD
Kamera Utama 5 MP Wide Angle
Kamera Depan 2 MP
Skrin 4 Inci 480×800 233 ppi
Sistem Operasi Windows Phone 8.1
SIM/Telefoni Pilihan 3G, Dwi-SIM

Telefon pintar ini boleh dikatakan mempunyai spesifikasi asas, dengan skrin bersaiz 4-inci dengan resolusi 480×800 233 ppi dengan 512MB RAM. Ia mempunyai cip pemprosesan 1.2GHz dwi-teras, storan 8GB yang boleh ditambah melalui slot kad Mikro-SD dan kamera utama 5MP serta kamera hadapan 2MP. Meskipun sensor pengimejannya tampak kecil, ia hadir dengan ‘wide-angle’ yang berkebolehan untuk menangkap gambar pada sudut 89 darjah. Fungsi kameranya juga boleh dikawal melalui arahan suara.

Dari segi kemasan, ia mempunyai rekaan yang sama dengan variasi model Androidnya iaitu Acer Liquid Z220, mempunyai kerangka besi ditengahnya. Suis kuasa dan tahap bunyi juga terletak pada ruangan kerangka besi ini dan pada penutup belakangnya mempunyai kemasan sutera Thai sama seperti Acer Liquid Jade Z. Pada saiznya, ia agak kecil dan sesuai untuk mereka yang pencari peranti Windows Phone 8.1 pada spesifikasi asas.

Selain dari itu telefon pintar ini turut menawarkan pilihan dwi-sim, namun tertakluk kepada pasaran dan syarikat telekomunikasi yang bakal menawarkannya. Oleh kerana ia menggunakan Windows Phone 8.1, perkhidmatan yang ditawarkan Microsoft seperti OneDrive, Skype, Office dan Cortana turut tersedia. Menariknya Acer turut menyatakan yang telefon ini bakal menerima kemaskini Windows 10 apabila ia rasmi dilancarkan.

[amanz-gallery]

Buat masa ini tiada sebarang informasi berkenaan kesediaan peranti ini untuk pasaran tempatan namun bagi pasaran Eropah, ia akan dijual pada harga EUR 79 (~RM 320) dan semestinya boleh menjadi pilihan anda yang mencari telefon Windows Phone pada spesifikasi asas.

Komen