Cari @ Amanz

Selain mengumumkan BlackBerry Leap, pihak BlackBerry juga turut membuat kejutan dengan memperlihatkan sebuah telefon pintar baru menggunakan papan kekunci boleh luncur (slider-keyboard, dan turut hadir dengan skrin yang sedikit melengkung pada bahagian tepi.

BlackBerry Slider

Dengan papan kekunci boleh luncur ini, ia memberikan pilihan kepada pengguna sama ada ingin menggunakan skrin sentuh ataupun turut menggunakan papan kekunci fizikal ketika membuat input.

Bahagian melengkung pada tepi kedua-dua bahagian seumpama Galaxy S6 Edge ini ingin memudahkan pengguna dalam mengendalikan dan menggunakan peranti berkenaan – tetapi tidak diketahui lagi sama ada ia akan menawarkan fungsi khusus seperti ditawarkan Samsung ataupun sebaliknya.

BlackBerry menyasarkan memperkenalkan telefon pintar ini secara rasminya pada tahun ini, tetapi tiada sebarang tarikh rasmi yang diberikan buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd