Cari @ Amanz

Terdapat lima peranti yang diumumkan Acer pada hari Ahad, sehari sebelum acara Mobile World Congress dimulakan. Selain dari Acer Liquid Jade Z yang merupakan peranti dengan penawaran spesifikasi dalam keluarga peranti Liquid, mereka turut mengumumkan Acer Liquid Jade Z520.

Acer Liquid Z520
Pemproses 1.2GHz Snapdragon 400 empat-teras
RAM 1GB RAM
Muatan Dalaman 8GB Dengan Penambahan Mikro-SD
Kamera Utama 8 MP Wide Angle
Kamera Depan 2 MP
Skrin 5 Inci 480×800 187 ppi
Sistem Operasi Android KitKat
SIM/Telefoni Pilihan 3G, Dwi-SIM

Peranti Acer Liquid Z520 boleh dikatakan sebagai peranti kelas pertengahan. Ia hadir dengan cip pemprosesan 1.2 GHz Snapdragon 400 empat-teras, mempunyai memori 1GB RAM, kapasiti storan tersedia sebesar 8GB dan boleh ditambah dengan kad Mikro-SD, serta mempunyai paparan 5-inci dengan resolusi 480×800 187 ppi. Ia mempunyai kamera utama 8MP dan kamera hadapan 2MP. Namun bagi telefon dengan spesifikasi kelas pertengahan ini, ia beroperasi menggunakan Android KitKat.

Dari segi rupa betuk fizikalnya, telefon pintar ini mempunyai badan plastik polikarbonat, dan mempunyai kerangka besi ditengahnya. Dengan kerangka sebegini, ia hampir mempunyai badan yang berlapis, dengan penutup belakang yang diinspirasikan tenunan sutera Thai. Selain dari ini fungsi kameranya juga boleh dikendalikan menerusi kawalan suara seperti arahan Bright Surround yang akan memaparkan bingkai berwarna putih pada skrin semasa pengguna menangkap gambar selfie. Prosedur sebegini secara tidak langsung mencerahkan kulit pengguna dengan syarat gambarnya berada didalam lingkungan bingkai tersebut.

[amanz-gallery]

Peranti ini juga mempunyai pembesar suara dengan kualiti bunyi DTS Studio Sound namun berikutan kebisingan pada tempat pameran, kami tidak berupaya untuk mengadili kualiti bunyi peranti ini. Peranti kelas pertengahan ini dijual pada harga EUR 109 (~RM 441) dan buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai kesediaan peranti ini untuk pasaran tempatan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd