Cari @ Amanz

Ketika Google Chrome diperkenalkan untuk Android, ia memulakan sokongan bermula daripada versi Android 4.0 Ice Cream Sandwich. Kini, setelah berpuluh versi dikeluarkan, Google menamatkan sokongan untuk versi Android 4.0 Ice Cream Sandwich, dan Chrome 42 untuk Android akan menjadi versi terakhir yang menyokongnya.

Chrome Untuk Android

Sejak daripada Ice Cream Sandwich, tiga versi baru telah diperkenalkan, iaitu Jelly Bean, KitKat dan paling terkini adalah Lollipop. Ini juga membuatkan pengguna versi Ice Cream Sandwich turut mendadak dari bulan ke bulan. Malah, pengeluar peranti juga tidak lagi menggunakan versi berkenaan, sebaliknya menyertakan sekurang-kurangnya KitKat pada pelbagai telefon dan tablet baru.

Menurut Google, sokongan Chrome untuk Android ditamatkan kerana pengoptimasian tambahan perlu dilakukan untuk versi Ice Cream Sandwich, sekaligus menjadikan ia tidak menawarkan pengalaman penggunaan yang begitu baik kepada pengguna.

Pengguna peranti Android 4.0 Ice Cream Sandwich masih boleh kekal menggunakan Chrome dan kemaskini terakhir yang akan diterima adalah Chrme 42 pada pertengahan bulan April kelak. Selepas itu, tiada lagi sebarang kemaskini akan ditawarkan, termasuk kemaskini sekuriti.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd