Google Memberikan Nafas Baru Untuk Google Contacts

Google Memberikan Nafas Baru Untuk Google Contacts

Diterbitkan pada Mac 4, 2015 oleh .

Google hari ini mengumumkan kemaskini untuk Google Contacts, menawarkan kemaskini dari segi antaramuka, selain turut memudahkan lagi pengurusannya berbanding sebelum ini. Google Contacts mengabungkan buku alamat pengguna, termasuk data daripada GMail, Google+, dan juga Hangouts.

Melalui rekabentuk baru ini, ia menggunakan rekaan Material Design yang telah mula diimplementasikan pada beberapa perkhidmatan mereka sejak Android 5.0 Lollipop diperkenalkan.

Google Contacts

Google Contacts

Sebaik sahaja membuka Google Contacts baru ini, salah satu perkara yang dilakukan oleh Google adalah mengenal-pasti data yang sama, dan membolehkan pengguna menyatukannya dengan mudah. Ini akan memudahkan bagi anda menyatukan simpanan info rakan-rakan anda dalam satu kenalan sahaja, sekaligus memudahkan lagi pengurusan buku alamat anda.

Disamping itu, melalui Google Contacts baru juga pengguna boleh melihat senarai perbualan yang dilakukan – terutamanya melalui emel apabila anda memilih seseorang kenalan pada Google Contact.

Kemaskini ini ditawarkan dalam bentuk Preview buat masa ini, dan akan diperkenalkan melalui GMail dalam masa beberapa minggu lagi.

Layari : Google Contacts Preview


TIPS & ULASAN