Cari @ Amanz

Samsung telah memperkenalkan Galaxy S6 semalam, membawakan rekaan peranti serba baru, dilengkapi dengan rekaan kaca pada bahagian hadapan dan belakang, selain bingkai berasaskan logam. Bersama-sama dengannya, pihak Samsung turut menyertakan sokongan TouchWiz, selain sokongan baru yang lain. Antara perkara baru yang turut disertakan adalah termasuk;

Pengecas Tanpa-Wayar Secara Terbina

Samsung Galaxy S6

Beberapa peranti telah pun sedia menyertakan sokongan pengecasan tanpa-wayar pada peranti mereka, dan kini Samsung turut sama menyertakan sokongan pengecasan tanpa-wayar secara terbina pada Galaxy S6 dan juga Galaxy S6 Edge. Selain daripada hanya menyertakan sokongan pengecasan tanpa-wayar, mereka juga turut sama mengumumkan kerjasama dengan pihak IKEA dalam menyertakan ia pada perabot dalam usaha memudahkan fungsi tersebut digunakan secara meluas.

Selain pengecasan tanpa-wayar, pihak Samsung turut sama menyertakan sokongan pengecasan pantas pada Samsung Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge untuk memudahkan pengguna mengecas peranti dengan pantas menggunakan pengecas terbina pada peranti mereka.

FindMyMobile Kini Boleh Aktifkan Ultra Power Saving Mode

Samsung Galaxy S6

Find My Mobile merupakan salah satu fungsi yang telah pun disertakan oleh Samsung pada beberapa telefon dan tablet mereka sebelum ini. Fungsi ini ditujukan untuk digunakan ketika sesuatu telefon itu hilang atau tersilap letak oleh seseorang pengguna. Menggunakan Find My Mobile, pengguna boleh mengunci peranti untuk memastikan data mereka selamat, melihat lokasi semasa peranti, dan pada masa yang sama membuatkan peranti mengeluarkan bunyi yang kuat untuk memudahkan ia ditemui.

Pada Galaxy S6, Samsung turut sama menyertakan sokongan untuk pengguna mengaktifkan sokongan Ultra Power Saving Mode melalui Find My Mobile, sekaligus memanjangkan jangka masa bertahan bateri anda untuk memudahkan ia ditemui.

Fungsi Kamera Baru

Samsung sering menambah beberapa mod rakaman baru pada telefon pintar mereka, dan perkara sama turut dilakukan pada Galaxy S6. Untuk tujuan rakaman, pihak Samsung telah menambah kamera 16-megapixel dengan sokongan OIS, dan melalui Galaxy S6 juga, mereka menyertakan beberapa mod baru, termasuk mod rakaman perlahan, kebolehan rakaman gambar 360-darjah, dan pelbagai mod baru yang boleh dimuat-turun. Samsung juga turut sama menyertakan sokongan mod profesional untuk mereka yang inginkan lebih kawalan rakaman pada gambar dan video mereka.

Fungsi Smart Manager

Samsung Galaxy S6

Sebuah tetapan baru ditambah pada Galaxy S6, dinamakan sebagai Smart Manager. Menggunakan fungsi ini, pengguna boleh mengptimasikan peranti mereka kembali ke prestasi asal, terutamanya jika storan dan penggunaan memori pada peranti berkenaan semakin berkurangan dari hari ke hari. Untuk fungsi ini, pihak Samsung turut bekerjasama dengan Clean Master, dan membolehkan pelbagai cache dibuang dengan mudah, selain mengosongkan penggunaan memori pada peranti. Fungsi Smart Manager juga turut sama boleh digunakan untuk memantau bateri, dan juga sekuriti peranti.

Aplikasi Microsoft Office

Samsung Galaxy S6

Sejumlah aplikasi Samsung tidak lagi disertakan pada Galaxy S6, sebaliknya pihak Samsung menyertakan pelbagai aplikasi yang lebih berguna kepada para pengguna. Samsung juga turut bekerjasama dengan pihak Microsoft dalam menawarkan aplikasi mereka secara terbina pada peranti Galaxy S6. Disamping itu, aplikasi Facebook juga terpasang, dan pengguna boleh memasang WhatsApp dengan hanya satu klik.

Kerjasama dengan pihak Microsoft juga dibawa setapak kehadapan, dimana berbanding penggunaan Dropbox sebelum ini untuk ruangan storan, kini Samsung menawarkan ruangan storan sebesar 100GB melalui OneDrive selama dua tahun secara percuma.

Themes Store

Samsung Galaxy S6

Samsung telah memperkenalkan sokongan Themes pada siri Galaxy A sebelum ini, dan pada Galaxy S6, fungsi tersebut dibawa setapak kehadapan dengan pengenalan Themes Store. Melalui Themes Store, pengguna boleh memuat-turun sejumlah tema secara percuma (mahupun berbayar), disamping pada masa yang sama jika anda penerbit kandungan, anda turut boleh menerbitkan tema yang dibangunkan anda pada Themes Store ini.


Samsung Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge telah diperkenalkan oleh Samsung secara rasminya pada minggu lepas, dan pihak Samsung Malaysia menyasarkan ia untuk dibawa ke pasaran tempatan sekitar bulan April kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd