Set Realiti-Maya Daripada Sony, Project Morpheus Dijangka Dipasarkan Pada 2016

Set Realiti-Maya Daripada Sony, Project Morpheus Dijangka Dipasarkan Pada 2016

Diterbitkan pada Mac 4, 2015 oleh .

Sony pada acara GDC 2014 yang lepas, telah memperkenalkan headset realiti-maya mereka, dinamakan sebagai Project Morpheus. Kini, pada acara GDC 2015, pihak Sony turut mengambil peluang untuk memperkenalkan kemaskini untuknya, selain berkongsi beberapa perkara baru mengenai produk mereka ini.

Sony Project Morpheus

Project Morpheus versi prototaip kedua ini membawakan kemaskini dari segi spesifikasi dan penawaran, tetapi masih mengekalkan rekaan asalnya.

Ia kini menyertakan skrin bersaiz 5.7-inci OLED dengan resolusi 1920×1080 berbanding hanya 5-inci pada tahun lepas. Disamping itu, kadar segar-semula turut dipertingkatkan kepada 120Hz berbanding hanya 60Hz tahun lepas. Kadar kependaman juga turut dikurangkan, selain tiga lagi pengesan LED baru ditambah untuk penawaran lebih jitu.

Buat masa ini, Sony sedang cuba menarik seberapa ramai pembangun kandungan untuk membangunkan kandungan untuk produk mereka ini.

Pihak Sony turut berkongsi mengatakan mereka akan menawarkan Project Morpheus ini kepada pengguna umum pada pertengahan pertama 2016 kelak.


TIPS & ULASAN