NVIDIA Memperkenalkan Konsol Permainan Berasaskan Android TV – Dinamakan NVIDIA Shield

NVIDIA Memperkenalkan Konsol Permainan Berasaskan Android TV – Dinamakan NVIDIA Shield

Diterbitkan pada Mac 4, 2015 oleh .

NVIDIA hari ini bersempena dengan GDC 2015, pihak NVIDIA telah memperkenalkan salah satu peranti baru berasaskan kepada Android TV, dan menggunakan nama yang sama seperti konsol mudah-alih mereka sebelum ini, iaitu NVIDIA Shield.

NVIDIA Shield AndroidTV

NVIDIA Shield dijana menggunakan cip Tegra X1 dengan memori 3GB RAM, ruangan storan 16GB, dan hadir dengan beberapa ciri-ciri menarik. Sebagai contoh, NVIDIA Shield AndroidTV ini membawakan sokongan memainkan video 4K, sokongan audio 7.1 dan 5.1 Surrond Sound melalui HDMI. NVIDIA sendiri menyertakan sebuah alat kawalan khusus yang turut dilengkapi dengan alat kawalan suara. NVIDIA juga turut melengkapkan ia dengan sokongan penstriman permainan mereka dinamakan sebagai GRID. Ia membolehkan anda strim permainan daripada PC terus ke televisyen, dan menyokong paparan sehingga 1080p pada kadar 60fps.

Dua bentuk langganan ditawarkan untuk Grid, iaitu yang percuma pada resolusi 720p sahaja, sementara yang berbayar pada resolusi paparan 1080p.NVIDIA Shield Android TV ini dijangka akan dijual bermula bulan Mei ini kelak, dan akan dijual pada harga $199.


TIPS & ULASAN