Valve Memperkenalkan Steam Link Untuk Membolehkan Pengguna Strim Permainan Dari PC Atau Steam Machine

Valve Memperkenalkan Steam Link Untuk Membolehkan Pengguna Strim Permainan Dari PC Atau Steam Machine

Diterbitkan pada Mac 4, 2015 oleh .

Penstriman permainan daripada PC telah menjadi salah satu perkara yang dibuat oleh beberapa pihak, dan kini Valve turut tidak ketinggalan dan telah pun memperkenalkan Steam Link. Ia membolehkan anda strim permainan daripada PC anda terus ke ruang tamu dengan mudah, sekaligus membolehkan anda menikmati kandungan tersebut dengan mudah pada skrin besar.

Steam Link

Menurut Valve, Steam Link akan menyokog PC berasaskan kepada Windows, Mac dan juga Linux, selain turut menyokong Steam Machines. Ia akan menawarkan kandungan terus ke televisyen pada output resolusi 1080p 60fps. Steam Link ini akan dijual pada harga $49 dan akan dijual pada tahun ini.

Selain daripada itu, pihak Valve turut mengumumkan Steam Machine daripada sejumlah rakan kerjasama akan hadir pada tahun ini.


TIPS & ULASAN