System76 Hadir Dengan Meerkat Ubuntu Dekstop – Komputer Bersaiz Kecil Berasaskan Intel NUC

System76 Hadir Dengan Meerkat Ubuntu Dekstop – Komputer Bersaiz Kecil Berasaskan Intel NUC

Diterbitkan pada Mac 4, 2015 oleh .

System76 terkenal dengan penawaran produk berasaskan Ubuntu mereka, termasuk sebelum ini sebuah komputer riba dengan rekaan yang menarik. Hari ini, melalui halaman Google+, pihak System76 memperlihatkan mereka akan melancarkan sebuah produk baru tidak lama lagi, dinamakan sebagai Meerkat Ubuntu Desktop.

System76 Meerkat

Menurut pihak System76, ia dijadualkan untuk pelancaran pada 19 Mac kelak. Meerkat dijana menggunakan cip pemprosesan cip pemprosesan Intel Generasi Ke-5, menyokong storan sehingga 2TB, dan memori sehingga 16GB.

Harga jualannya masih tidak diketahui lagi, dan dijangka akan diumumkan ketika pelancarannya kelak.


TIPS & ULASAN