Pulau Pinang Menambah Kelajuan Internet Untuk Perkhidmatan WiFi Percuma

Pulau Pinang Menambah Kelajuan Internet Untuk Perkhidmatan WiFi Percuma

Diterbitkan pada Mac 4, 2015 oleh .

Pulau Pinang sedia menawarkan perkhidmatan WiFi percuma didalam negeri berkenaan, sekaligus membolehkan sesiapa sahaja mendaftarkan diri dan menikmati perkhidmatan tersebut. Hari ini, mereka turut menaik-taraf penawaran percuma tersebut, daripada kelajuan hanya 512Kbps kepada 1Mbps.

Penang Free Wifi

Perkhidmatan percuma ini disediakan oleh Pulau Pinang, dan dipantau oleh REDtone Telecommunications. Kerajaan negeri membayar sehingga RM154,000 sebulan untuk perkhidmatan percuma ini.

Menurut REDtone, mereka telah menaik-taraf backhaul bandwidth yang disediakan daripada hanya 75Mbps kepada 375Mbps dalam usaha untuk menawarkan peningkatan kelajuan ini. Penaik-tarafan ini juga sekaligus membolehkan pengguna menikmati internet percuma berkenaan tanpa mengalami masalah kesesakkan seperti sebelumnya.

[email protected] ini kini mempunyai lebih daripada 1550 hotspot di sekeliling negeri, dan dikatakan digunakan oleh lebih 20,000 pengguna setiap hari.


TIPS & ULASAN