Beberapa hari yang lepas, MyTeksi telah mengumumkan promosi khusus untuk pengguna di Lembah Klang untuk membuat kiriman bungkusan dengan mudah melalui teksi. Kini, MyTeksi turut hadir dengan sebuah promosi khusus secara terhad untuk pengguna di Pulau Pinang, menawarkan mereka langganan RM5 untuk sebarang destinasi di dalam Pulau Pinang.
Daripada promosi yang diperlihatkan, ia hanya meliputi di dalam kawasan kepulauan sahaja, dan tiada sebarang kod khusus yang diperlukan. Pihak MyTeksi turut mengatakan, sekiranya harga yang ditunjukkan adalah kurang daripada RM5 untuk sesuatu perjalanan, maka ia akan dikira sebagai percuma, dan tiada sebarang caj akan dikenakan.
Kempen promosi ini ditawarkan untuk pengguna MyTeksi di Pulau Pinang dari 4 Mac sehingga 31 Mac sahaja, dan pengguna perlulah menggunakan aplikasi MyTeksi untuk menikmatinya.