Cari @ Amanz

Selain dari kehadiran LG Watch Urbane dan LG Watch Urbane LTE, mereka turut menghadirkan telefon pintar dan salah satunya adalah LG Magna. LG Magna dilihat mempunyai rekaan seperti LG G Flex, mempunyai skrin melengkung dan beberapa fungsi yang menarik memfokuskan selfie.

LG Magna
Skrin 5-inci 1280 x 720 294ppi
Pemproses 1.3GHz Quad-core
Memori 1 GB RAM
Storan 8 GB + kad mikro-SD
Kamera Utama 8MP
Kamera Depan 5MP
SIM/Telefoni 2 SIM
Bateri 2,540 mAh

Telefon yang mempunyai badan dengan kemasan plastik sedap dipegang dan seperti model LG yang lain, ia mempunyai butang kuasa dan butang kawalan tahap bunyi dibelakangnya. Ia mempunyai permukaan yang melengkung, dan terdapat beberapa pilihan permukaan untuk penutup belakangnya termasuklah pilihan matte.

Dari segi spesifikasi, telefon ini mempunyai spesifikasi kelas pertengahan dan ia membawakan cip pemprosesan 1.3GHz empat teras, memori 1GB RAM, kamera utama 8MP dan kamera hadapan 5MP untuk fungsi selfie. LG Magna mempunyai paparan 5-inci 720p 294 ppi dan beroperasi dengan paparan antaramuka oleh LG sendiri dikuasakan oleh Android Lollipop. Dari segi storan dan kapasiti bateri, telefon ini dilengkapi dengan bateri sebesar 2540 mAh dan juga kapasiti storan 8GB. Terdapat slot kad Mikro-SD jadi pengguna boleh menambah storan pada telefon pintar ini.

Sebagai telefon dengan fokus terhadap fungsi selfie, telefon ini boleh menangkap gambar selfie apabila pengguna melakukan gerakan tangan atau menyebutkan beberapa frasa seperti ‘cheese‘ dan ‘kimchi‘. Telefon ini akan menangkap gambar selfie dalam 3 saat secara automatik dan terdapat fungsi pemfokusan automatik pada pengguna.

[amanz-gallery]

Buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai ketersediaan telefon pintar ini untuk pasaran tempatan namun sekiranya pihak pengedar LG tempatan ingin bersaing dengan tawaran telefon pintar berspesifikasi pertengahan di pasaran tempatan, mereka seharusnya menawarkan peranti ini lebih awal berbanding pengeluar lain.


© 2024 Amanz Media Sdn Bhd