Cari @ Amanz

Xiaomi pada permulaan tahun 2015 telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, Redmi 2 – yang mana merupakan kemaskini untuk Redmi 1S dan hadir dengan sokongan rangkaian dwi-LTE. Kini, peranti tersebut turut dilihat bakal memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Xiaomi Redmi 2

Melalui jemputan yang dihantar oleh Xiaomi Malaysia, mereka memperlihatkan skrin hadapan untuk Redmi 2, dan menjadualkan acara pelancarannya pada minggu hadapan, 11 Mac.

Dari segi spesifikasi, Redmi 2 dijana menggunakan cip Snapdragon 410 64-bit, memori 1GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, dan skrin bersaiz 4.7-inci. Peranti ini turut menggunakan antaramuka terbaru daripada Xiaomi, iaitu MIUI6.

Harga jualan peranti ini dan tarikh jualannya dijangka akan diumumkan pada tarikh tersebut. Maka, mungkin bagi anda yang bercadang untuk mendapatkan Redmi 1S dalam tempoh waktu terdekat boleh menangguhkan sebentar, dan menantikan apakah penawaran baru daripada Xiaomi ini kelak.

Xiaomi Redmi 2

Xiaomi Redmi 2

Xiaomi Redmi 2

Xiaomi Redmi 2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd