Samsung Memperkenalkan Level Link – Membolehkan Peranti Audio Berwayar Diubah Menjadi Tanpa-Wayar

Samsung Memperkenalkan Level Link – Membolehkan Peranti Audio Berwayar Diubah Menjadi Tanpa-Wayar

Diterbitkan pada Mac 5, 2015 oleh .

Samsung pada tahun lepas telah hadir dengan keluarga produk khusus untuk audio, dinamakan sebagai LEVEL. Beberapa peranti telah diperkenalkan dibawah penawaran Level, dan bersama-sama dengan pengumuman peranti Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge, pihak Samsung turut sama mengumumkan sebuah lagi peranti dibawah keluarga LEVEL, iaitu LEVEL Link.

Samsung Level Link

Menurut Samsung, menggunakan LEVEL Link ini, ia membolehkan para pengguna mengubah peranti atau produk dengan sokongan audio sedia ada kepada sokongan tanpa wayar dengan mudah. Ini dilihat lebih ditujukan kepada peranti seperti televisyen, komputer dan sebagainya yang tidak menyokong penggunaan penghantaran audio tanpa wayar. Dengan menggunakannya, ia membolehkan pengguna menghubungkan ia kepada peranti berkenaan, dan menikmati audio daripadanya terus pada fon kepala Samsung LEVEL.

Samsung Level Link

Kami sendiri tidak dapat melihat sebarang demo untuk produk berkenaan, malah tiada produk fizikal untuk Samsung LEVEL Link yang diperlihatkan Samsung pada acara Mobile World Congress ini.

Menurut Samsung, ia akan dipasarkan kelak pada penghujung bulan ini, bersama-sama dengan pengenalan Samsung Level ON yang hadir bersama-sama sokongan tanpa-wayar.

Samsung LEVEL On


TIPS & ULASAN