Sony Memperlihatkan Klip Untuk Mengubah Kaca Mata Biasa Kepada Kaca Mata Pintar Di MWC 2015

Sony Memperlihatkan Klip Untuk Mengubah Kaca Mata Biasa Kepada Kaca Mata Pintar Di MWC 2015

Diterbitkan pada Mac 5, 2015 oleh .

Sony pada penghujung tahun lepas telah memperkenalkan sebuah projek prototaip mereka, yang mana merupakan sebuah klip yang mengubah sebarang kaca mata kepada sebuah kaca mata pintar dengan memasangnya.Kini, bersempena dengan Mobile World Congress 2015, mereka turut mempertontonkan penggunaannya kepada umum.

Sony Klip Smartglass

Melalui fungsi klip ini, Sony mengatakan ia kelak akan menyokong pelbagai jenis bingkai kaca mata. Namun, daripada demo yang diperlihatkan oleh Sony, mereka menggunakan sebuah bingkai khusus untuknya, dan bahagian kaca pada klip berkenaan boleh dilaraskan mengikut pandangan seseorang pengguna. Melaluinya, pengguna boleh melihat beberapa data, dan melalui contoh yang diperlihatkan mereka memaparkan penggunaan peta untuk pengguna gunakan ketika sedang berbasikal atau memandu.

Sony Klip Smartglass

Klip ini dilihat masih tidak selesai dibangunkan sepenuhnya buat masa ini. Masih tiada sokongan menu dan kawalan untuknya. Menurut wakil Sony, kelak mereka akan menambah touchpad khusus pada bahagian tepi untuk mengawal kaca mata berkenaan, dan memudahkan lagi pengguna berinteraksi dengannya.

Sony Klip Smartglass

Dunia kaca mata pintar ini boleh dikatakan masih tidak begitu berkembang pesat buat masa ini, tetapi masih sedang aktif dibangunkan oleh beberapa syarikat. Pada tahun ini, trend berkenaan dunia realiti-nyata dilihat sedang semakin hangat dengan pelbagai syarikat, termasuk Sony sendiri yang membangunkan teknologi tersebut. Ia tidak diketahui lagi sama ada klip untuk mengubah kaca mata menjadi pintar ini akan dilancarkan kepada umum, ataupun hanya akan kekal sebagai prototaip sahaja.


TIPS & ULASAN