Cari @ Amanz

Selain dari telefon pintar siri Blade S6 keluaran ZTE yang mempunyai rekaan seakan-akan iPhone 6, Lenovo juga pada awal bulan Februari telah hadir dengan Lenovo ‘Sisley’ S90 untuk pasaran tempatan melalui Senheng, dan kami telah berkesempatan mencubanya di Mobile World Congress tahun ini.

Lenovo ‘Sisley’ S90
Skrin 5-inci 1280 x 720 294ppi
Pemproses Snapdragon 410 1.2GHz Quad-core
Memori 2 GB RAM
Storan 32 GB + kad mikro-SD
Kamera Utama 13MP
Kamera Depan 8MP
SIM/Telefoni 2 SIM
Bateri 2,300 mAh

Telefon pintar Lenovo Sisley S90 mempunyai rekaan hampir serupa iPhone 6. Dari segi kemasan dan material, ia mempunyai permukaan matte, badan yang nipis dan bucu yang melengkung serta kedudukan kamera dan garisan yang hampir serupa namun kameranya tidak tertimbul seperti iPhone 6. Pengalaman ini ditambah lagi dengan rekaan antaramuka yang menghampiri iOS, dimana apabila pengguna ingin membuang aplikasi tersebut, pengguna perlu menekan butang ‘Home’ dengan lama dan ikon pangkah akan timbul pada penjuru ikon aplikasi namun ikon-ikon tersebut tidak bergegar seperti yang terjadi sekiranya pengguna ingin membuang aplikasi pada iOS.

Dari segi spesifikasi, telefon ini mempunyai cip pemprosesan Snapdragon 410 1.2 GHz empat-teras, memori sebanyak 2GB RAM, kapasiti storan sebesar 16GB, paparan sebesar 5-inci dengan resolusi sebesar 1280 x 720 dan kepadatan pixel sebanyak 294 ppi. Dari segi kamera, ia mempunyai kamera utama 13 MP dan kamera hadapan 8MP. Telefon ini turut menyokong penggunaan dwi-SIM dan mempunyai bateri berkapasiti 2300 mAh.

[amanz-gallery]

Dari percubaan singkat kami, ia berfungsi dengan baik tanpa lengah masa dan selain dari kami, terdapat beberapa hadirin ke reruai Lenovo ini turut mengatakan yang ianya tampak seperti iPhone. Kami juga tidak pasti kenapakah secara tiba-tiba pelbagai jenama yang ingin menghasilkan peranti yang nampak seperti iPhone namun jika difikirkan berkenaan kemungkinan langkah sebegini dapat mempopularkan penggunaan peranti telefon pintar, kami sedikit bersetuju dengan matlamat tersebut.

Telefon ini telah hadir ke pasaran tempatan bulan lepas melalui penawaran dari SenQ. Ia juga turut membawakan tanda harga sekitar RM939 dan bagi anda yang sukakan bentuk iPhone namun menginginkan sistem operasi Android, maka telefon ini boleh menjadi salah satu dari pilihan anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd